Gambar hiasan |
LAWAS – Empat lelaki dikhuatiri lemas selepas terperangkap dalam terowong buatan sendiri di Kampung Lintang Baru, di sini kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Berikutan itu, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilancarkan membabitkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas diketuai Penguasa Bomba Kanan II Rary Benji.
Sehingga jam 11 pagi ini, nasib kesemua mangsa belum dapat dipastikan.
Usaha juga sedang giat dijalankan bagi mengenalpasti identiti kesemua mangsa, malah siasatan juga sedang dijalankan bagi mengenalpasti tujuan terowong itu dibina. – myMetro Online
0 comments:
Post a Comment