Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyindir Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) dengan mendakwa ada juga orang Melayu yang tidak fasih berbahasa Melayu.

Beliau membuat sindiran itu dengan meminta Permas membuat pendirian sama ada orang Melayu terbabit juga wajar dihalau dari negara seperti gesaan yang dibuat ke atas orang Cina dan India.

“Ada juga orang Melayu yang tak mahir berbahasa Melayu. Adakah mereka aka turut dihalau keluar dari negara ini,” sindirnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Permas menggesa agar warganegara etnik Cina dan India yang tidak fasih bahasa Melayu dihalau dari Malaysia.

Permas mendakwa Cina dan India yang tidak fasih berbahasa Melayu atau tidak lagi menunjukkan taat setia kepada Raja dan negara.

0 comments:

Post a Comment