Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, February 16, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Seramai 957 kes denggi melibatkan pelajar sekolah rendah berusia antara 7 hingga 12 tahun dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan sejak Januari hingga 8 Februari lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, jumlah itu meningkat berbanding hanya 210 kes yang dilaporkan pada tahun 2013.

“Begitu juga dengan pelajar kumpulan umur 13 hingga 17 tahun di mana sebanyak 1,310 kes dilaporkan pada tahun 2014 berbanding hanya 348 kes pada tahun lepas.

“Peningkatan kes denggi dalam ketara kalangan pelajar ini amat membimbangkan kerana golongan ini sememangnya berisiko tinggi dijangkiti demam denggi kerana terdedah kepada gigitan nyamuk aedes yang aktif pada waktu awal pagi semasa ke sekolah dan lewat petang semasa pulang dari sekolah,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Lokman Hakim menyarankan pelajar sekolah menggunakan `repellen’ sebelum keluar ke sekolah bagi mengelakkan daripada digigit oleh nyamuk aedes.

Manakala, bagi pengusaha-pengusaha van dan bas sekolah diminta untuk menyembur racun serangga aerosol di dalam van atau bas sebelum pelajar-pelajar menaiki van atau bas pada waktu pagi atau petang.

Katanya, pihak sekolah boleh juga menggunakan kaedah yang sama iaitu dengan membuat semburan aerosol di dalam kelas untuk membunuh nyamuk aedes dewasa sebelum sesi persekolahan bermula pada waktu pagi.

“Langkah yang paling penting adalah menghapuskan tempat pembiakan aedes sama ada di dalam atau di luar sekolah dengan memastikan tiada bekas-bekas yang boleh menakungkan air seperti bekas makanan dan minuman.

“Keringkan tempat-tempat seperti kolam hiasan, pasu bunga dan landskap yang menakungkan air atau memasukkan bahan pembunuh jentik-jentik (abate) ke dalam kolah atau takungan kekal tersebut,” katanya.

0 comments:

Post a Comment