SHAH ALAM – Keempat-empat anak pasangan rakyat Malaysia yang ditahan reman di Sweeden selamat tiba ke tanah air kira-kira jam 7.00 pagi tadi.
“Kami gembira tiba di sini”, demikian reaksi ringkas anak sulung pasangan terbabit, Aisyah Azizul Raheem, 14.
Sebuah portal melaporkan, Aisyah dan tiga adiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Ariff, 7, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat MAS dari Stockholm, diiringi Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin.
Mereka sebelum ini diletak di bawah jagaan sebuah keluarga bukan Islam ketika ibu bapa mereka ditahan reman, diserah kepada Kedutaan Malaysia di sini semalam.
Ketibaan mereka disambut oleh lebih 10 ahli keluarga yang menanti sejak jam 6 pagi.
Sementara itu, mahkamah daerah Solna di Stockholm, Sweden memutuskan untuk melanjutkan tahanan reman 11 hari ke atas Pengarah Tourism, Azizul Raheem Awalulludin dan isterinya, Shalwati Norshal bagi membantu siasatan.
Pasangan tersebut ditahan pada 18 Disember lalu kerana kes pukul tangan seorang daripada empat anak mereka yang tidak bersolat. – Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment