Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

Johannesburg – Anak lelaki Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma disiasat polis kerana membunuh tanpa niat selepas seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan kereta sportnya, lapor media semalam.

Duduzane Zuma, 30, seorang ahli perniagaan, merempuh teksi bas mini dengan kereta Porsche miliknya sebelum tengah malam 1 Februari lalu di pinggir bandar raya Sandton, lapor akhbar Sunday Independent, Sunday Times dan radio Eyewitness News.

Polis sahkan siasatan

Polis mengesahkan siasatan membunuh tanpa niat dijalankan ke atas pemandu Porsche tetapi enggan menamakan individu itu sehingga dakwaan dikemukakan dan beliau hadir di mahkamah.

“Ada kemalangan membabitkan pertembungan Porsche dengan belakang teksi dalam gelap ketika hujan lebat. Teksi terbalik dan seorang meninggal dunia; dua lagi cedera,” kata jurucakap Polis Metro Johannesburg, Wayne Minnaar.

Mangsa yang maut dikenali sebagai warga Zimbabwe, Phumzile Dube, 30, yang dikebumikan di negaranya Sabtu lalu, lapor Sunday Times.
Suami mangsa memberitahu akhbar berkenaan tiada siapa menghubungi keluarganya.

“Zuma membunuh isteri saya dan saya mahukan keadilan. Saya tidak peduli sama ada beliau anak lelaki presiden kerana keadilan tidak kenal siapa,” kata Themba Dude.

Pemandu teksi, Vusi Dlamini, dimasukkan ke hospital selepas pengsan di tempat kejadian.

“Saya tidak suka apa yang berlaku. Beliau melanggar saya tiba-tiba dan teksi saya terbalik. Seorang penumpang mati serta-merta,” katanya kepada Sunday Times.

“Pegawai di tempat kejadian tidak membuat ujian alkohol,” kata Minnaar.

Enggan komen

Jurucakap presiden, Mac Maharaj, memberitahu AFP beliau tidak memberi komen mengenai hal keluarga Zuma.

Duduzane, adalah seorang daripada empat anak Zuma dengan isteri keduanya, Kate, yang membunuh diri pada 2000.

Zuma mempunyai empat isteri dan 21 zuriat, sebahagian daripadanya anak luar nikah.

Duduzane Zuma mempunyai hubungan perniagaan dengan keluarga Gupta dan dilaporkan memiliki kepentingan dalam akhbar prokerajaan, The New Age dan rangkaian televisyen ANN7.-AFP

0 comments:

Post a Comment