Jordi Alba (dua, kiri) dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain Valencia. |
BARCELONA terpaksa menelan realiti pahit apabila menerima kekalahan pertama dalam perlawanan La Liga di Nou Camp sejak April, 2012 setelah dikejutkan Valencia 3-2, awal pagi semalam.
Kali terakhir Barcelona tewas di halaman sendiri ialah 1-2 kepada Real Madrid pada April 2012.
Selain itu, skuad The Catalan itu bukan sahaja menggigit jari untuk meraih tiga mata bagi melebarkan jurang dengan pesaing lain, namun status selaku pendahulu liga mungkin bakal dirampas sekiranya Atletico Madrid dan Real Madrid mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing nanti.
Untuk rekod, Barcelona masih kekal selaku pendahulu liga berkongsi mata dengan Atletico selepas mengumpul 54 mata manakala Madrid di tangga ketiga dengan 53 mata.
"Kami terpaksa bersedia untuk kehilangan puncak teratas liga, tetapi Barca masih akan berjuang.
“Kami akan cuba mendapatkan kembali hak kami. Apa yang saya harapkan pemain akan bangkit semula selepas ini," kata pengendalinya, Gerardo Martino.
Sementara itu, penjaga gol Barcelona, Victor Valdes berharap kekalahan itu memberi pengajaran kepada rakan sepasukannya.
“Sudah pasti ini merupakan hari yang buruk untuk Barcelona, tapi pasukan Valencia memang layak untuk menang.
“Kini kami tak boleh lakukan kesalahan lagi sebaliknya harus fokus dan terus berjuang sehingga akhir musim," ujarnya.

0 comments:
Post a Comment