IPOH – Sepasang suami isteri pengusaha syarikat pembalakan dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh sebentar tadi kerana melakukan aktiviti pembalakan haram membabitkan kerugian kira-kira RM5 juta di kawasan Hutan Simpan Kinta, Simpang Pulai di sini pada 2010.
Pasangan berusia 41 dan 40 tahun itu dituduh di hadapan Hakim Noor Hayati Mat dan kedua-duanya mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan.
Mereka dituduh dengan lima pertuduhan mengikut Akta Perhutanan Negara 1985 Pindaan 1995 yang boleh dikenakan hukuman termasuk penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM500,000.
Pasangan terbabit kemudian dibenarkan ikat jamin sebanyak RM25,000 setiap seorang dengan seorang penjamin. – myMetro Online
0 comments:
Post a Comment