Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 6, 2014

No Comment

Canberra – Seorang wanita Australia dan anak perempuannya yang sakit dan mati dalam masa beberapa jam ketika bercuti di Bali mungkin menjadi mangsa keracunan makanan, menurut warisnya semalam.

Pengurus Jururawat, Noelene Bischoff, 54, dan anak perempuannya, Yvana, 14, dari Sunshine Coast di Queensland, mati bulan lalu kurang sehari selepas memakan ikan di sebuah restoran di pulau berkenaan.

Mayat mereka dihantar ke Brisbane dan bedah siasat dijalankan. Abang mendiang Noelene, Malcolm Bischoff, berkata ahli forensik patologi memberitahu keluarga mereka Selasa lalu, keputusan awal menunjukkan kedua-dua mangsa mati akibat keracunan “scombroid”. Keracunan itu diakibatkan oleh kandungan kepekatan histamin yang tinggi – bahan yang mencetuskan tindak balas alahan iaitu bakteria dalam ikan yang rosak.

Syak perbuatan khianat

Malcolm Bischoff berkata dia menerima kenyataan itu, walaupun pada awalnya dia mengesyaki perbuatan khianat.

“Kata mereka, ia amat jarang berlaku. Seolah-olah dua beranak itu sangat tidak bernasib baik,” katanya kepada Associated Press semalam.

“Ia jawapan yang nampak realistik, jadi kami semua harus menerimanya kerana hanya itu saja yang kami ada,” katanya.

Pejabat koroner turut mengesahkan dalam satu kenyataan semalam bahawa keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai “kemungkinan punca kematian” oleh pegawai forensik patologi. Bagaimanapun, ujian selanjutnya masih belum lagi muktamad.

Ibu dan anak malang itu jatuh sakit di bilik mereka di sebuah pusat peranginan di Timur Bali pada 3 Januari lalu selepas makan malam.

Kedua-duanya pening, muntah dan sukar untuk bernafas. Ibunya disahkan meninggal dunia dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke klinik perubatan awal keesokan paginya, dan anak perempuannya meninggal di klinik tiga jam kemudian.

Tiada kejadian lain

Tiada laporan keracunan lain diterima dari restoran yang sama pada hari kejadian.

Steve Hambleton, Presiden Persatuan Perubatan Australian, berkata keracunan “scombroid” jarang menyebabkan masalah kesihatan serius.

“Penghidap asma… lebih sensitif kepada histamine dan kerana itu, berkemungkinan dalam kes ini dua mangsa yang juga penghidap asma sederhana menunjukkan kesan alahan yang sangat-sangat serius,” katanya kepada radio Australian Broadcasting Corp. – AP

0 comments:

Post a Comment