GARU kepala penulis dibuatnya tatkala membaca artikel mengenai Al-Quran Elektronik yang dipanggil e-Sedekah.
Alat yang berfungsi untuk ‘membacakan’ 30 juzuk Al-Quran setiap hari di tanah perkuburan itu telah dicipta oleh seorang warga Brunei, Haji Jefri bin Haji Suhaili, Pemilik Syarikat SOD Engineering dan hanya dijual di negara itu.
Pemasangan e-Sedekah yang menggunakan tenaga solar itu secara tidak langsung dapat ‘menyedekahkan’ ayat-ayat suci kepada insan yang telah kembali ke Rahmatullah sepanjang masa.
'
“Sebelum ini ramai tertanya-tanya akan benda yang saya letakkan di tanah perkuburan dan saya juga ada menerima berita yang kurang senang dari orang ramai. Namun, inikan perbuatan yang mulia dan langsung tidak melanggar akidah Islam.
“InsyaAllah jika keadaan mengizinkan, e-Sedekah akan saya tempatkan lagi di Tanah Perkuburan Islam di Jalan Residency, Bandar Seri Begawan,” ujarnya yang telah memasang alat berkenaan di kubur ibu saudaranya.
Dia yang pernah dihubungi pihak Bahagian Perkuburan, Pusat Dakwah Islamiah dan Kementerian Hal Ehwal Ugama berkata, mereka tidak ada halangan apa-apa untuk beliau meneruskan usahanya itu.
Persoalannya, mampukah bacaan elektronik menggantikan pahala hasil sedekah doa daripada anak-anak sendiri?
Hai, tak tahulah kalau ada anak yang jenis tak ada masa langsung hendak baca Al-Fatihah sampai kena guna alat elektronik?
Oleh: ELZA
(Sumber asal: Buletin Terkini Online)
0 comments:
Post a Comment