Pelakon yang juga suami kepada Lisdawati Nazaruddin, Fauzi Nawawi mengatakan dia tidak akan tunduk dengan permintaan Sharnaaz Ahmad yang mahu dirinya dan isteri membuat permohonan maaf kepada aktor itu dan juga ibunya.
Sebelum ini, Sharnaaz memberi tempoh seminggu kepada Fauzi dan Lisda untuk meminta maaf secara peribadi kepadanya, jika tidak, Sharnaaz akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pasangan suami isteri terbabit.
“Buat apa saya nak minta maaf? Dalam SMS, perkataan ‘ibu’ saya gunakan, apa perasaan dia jika saya menengking ibunya? Itu sahaja.
“Kenapa dia nak putar belitkan SMS saya yang sudah jelas ingin bertanya pada dia sebab-sebab dia menengking Lisda?,” jelasnya menerusi mStar.
Dalam pada itu, sempat juga Fauzi memberikan kenyataan seakan-akan memerli Sharnaaz dengan berkata, “baru saya faham kenapa tidak ramai wanita yang ‘melekat’ dengan dia dalam sesebuah perhubungan cinta memandangkan dia tidak pernah menghormati wanita”.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment