Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 26, 2014

26
Feb2014
No Comment

ALOR SETAR – Kedah tidak perlu mencatu air dalam tempoh terdekat kerana bekalan masih mencukupi di beberapa empangan utama, kata Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Dr Fadzil Abdul Kadir.

Beliau berkata, paras air di tiga empangan utama iaitu Empangan Pedu, Muda dan Ahning dalam Daerah Padang Terap masih berada pada tahap normal.

“Oleh itu tidak perlu untuk kita mencatu air atau menjalankan pembenihan awan untuk menghasilkan hujan kerana empangan utama mempunyai air yang mencukupi,” katanya ketika diminta mengulas mengenai keadaan bekalan air di Kedah ketika ini.

Beliau berkata, paras air di Empangan Pedu hari ini berada pada 100 meter (tahap minimum 61.5 meter), Empangan Muda pada 93.84 meter (tahap minimum 82.2 meter) dan Empangan Ahning pada 103.98 meter (tahap minimum 72.8 meter).

Namun beliau berkata Empangan Padang Saga di Langkawi mencatat penurunan paras air yang ketara iaitu 18.05 meter berbanding paras minimum 18.50 meter namun Empangan Malut, iaitu empangan tadahan juga di Langkawi dapat menampung bekalan air kepada penduduk.

Fadzil berkata, hujan dijangka turun di Kedah pada pertengahan Mac ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment