Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 3, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa sebahagian rakyat Malaysia berasa seperti berada di negara lain berikutan lambakan pekerja asing di negara ini.

Beliau mendakwa, dianggarkan terdapat seramai lima juta pekerja asing tidak mahir berada di negara ini dengan kebanyakan mereka dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam.

“Malah, pekerja asing tidak mahir ini menghantar pulang RM20 bilion (ke negara mereka) pada tahun 2012 dan jumlah ini dijangka meningkat RM30 bilion tahun ini,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, kata Guan Eng, masyarakat Malaysia tidak boleh berkompromi dalam menuntut pengurusan yang baik dalam kalangan pemimpin politik mereka.

Menurutnya, pemimpin politik perlu tertakluk kepada kriteria teknik pengurusan yang baik dengan menetapkan sasaran yang sepatutnya.

0 comments:

Post a Comment