Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 3, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bersedia memasang kamera litar tertutup (CCTV) di laluan menuju ke bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Johor Bahru.

Perkara itu diumumkan PBNJ menerusi status laman sosial Facebooknya; https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my pada Isnin.

Menurut status itu, tindakan memasang CCTV dibuat berikutan insiden di laluan ke bilik persalinan yang melibatkan pasukan JDT dengan T-Team pada waktu rehat separuh masa pertama pusingan kedua Piala FA pada Sabtu lalu.

“Berikutan insiden di terowong dan dengan pelbagai spekulasi dari pelbagai pihak dengan ini pihak PBNJ akan memasang CCTV di terowong dan bilik persalinan bagi tujuan pemantauan.

“Diharapkan juga persatuan-persatuan bola sepak yang lain yang tiada CCTV di terowong stadium masing2 (masing-masing) dapat mengambil langkah yang sama untuk kemajuan bola sepak negara khususnya.

” Elakkan provokasi, tingkatkan produktiviti demi masa depan bola sepak Malaysia,” petikan status laman sosial PBNJ.

Dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA Sabtu lalu, permainan yang menyaksikan JDT mendahului 2-1 pada separuh masa pertama terpaksa ditangguhkan apabila tercetus pergaduhan anatara pegawai dan pemain kedua-dua pasukan.

Rentetan daripada ketegangan itu, T-Team bertindak beredar dari stadium kerana enggan mengambil risiko untuk meneruskan permainan.

Akibat daripada pergeseran tersebut juga, timbul pelbagai spekulasi mengenai kejadian berkenaan sehingga menyebabkan penyokong kedua-dua pasukan mula berbahas di laman-laman sosial.

0 comments:

Post a Comment