Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 3, 2014

No Comment

MELAKA – Setiap ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka kini diwajibkan mendaftar sebanyak 100 pemilih baharu setahun berkuat kuasa hari ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata langkah itu bertujuan menambah bilangan pengundi baharu untuk persediaan pilihan raya umum ke-14.

Katanya sebelum ini, anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Bandar (JKKB) turut diminta mendaftar sekurang-kurangnya lima pengundi baharu setiap bulan.

Idris berkata demikian kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan penjawat awam di Seri Negeri di sini, hari ini.

Terdapat empat PBT di Melaka iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB); Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ); Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ). – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment