Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

KANGAR – Perlis mahu menjadikan tahun ini sebagai tahun untuk membersih sungai, terusan, parit dan longkang agar negeri ini menjadi lebih indah dan menawan.

Menteri Besar Azlan Man berkata sehubungan itu sebuah pasukan petugas khas yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Romli Daie telah dibentuk bagi memastikan matlamat itu tercapai.

Pasukan itu dianggotai antaranya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, katanya pada perhimpunan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan persekutuan di Dewan Warisan di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri telah memohon peruntukan daripada kerajaan pusat untuk melaksanakan program tersebut.

Maklum balas awal yang diperoleh setakat ini menunjukkan usaha itu memberi kesan positif, katanya.

“Misalnya ramai anak-anak negeri yang bekerja di luar Perlis mengakui kebersihan ketara sungai di Perlis semasa mereka pulang bercuti,” katanya.

Sementara itu Azlan meminta kakitangan perkhidmatan awam agar tidak membocorkan rahsia kerajaan yang didapati masih berlaku di agensi tertentu sehingga boleh menjejas prestasi dan keselamatan agensi itu sendiri.

Pada majlis perhimpunan itu, beliau menyampaikan sijil penghargaan kepada jabatan dan agensi kerajaan yang membelanjakan wang pembangunan 2013 melebihi 98 peratus.

Jabatan tersebut ialah JPS, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Pertanian, Unit Pentadbiran Daerah, Jabatan Perhutanan dan MPK. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment