Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Polis kini memburu dua lelaki bagi membantu siasatan sekurang-kurangnya sembilan kes pecah rumah, samun dan curi kenderaan di Selangor dan Negeri Sembilan sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata polis mengenal pasti mereka sebagai M Veran, 22, dari Taman Permai, Banting, manakala seorang lagi hanya dikenali sebagai Barathan dari Sungai Manis, Banting.

“Kesemua kes terbabit dipercayai dilakukan oleh Geng Onai dan polis berjaya memberkas seorang daripada anggota geng itu pada Khamis lepas di sebuah rumah di Taman Permai,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam serbuan jam 9 pagi itu, polis juga merampas pelbagai barangan dan dua buah kereta yang masing-masing dilapor hilang di Nilai, Negeri Sembilan dan Bukit Puchong, Selangor pada awal dan hujung bulan lepas, dengan nilai keseluruhan rampasan RM1 juta.

Menurut Yahaya, polis melancarkan gerakan mengesan suspek berusia 21 tahun itu susulan laporan polis berhubung kehilangan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Bukit Puchong pada hujung bulan lalu.

Hasil siasatan terhadap suspek yang mempunyai lima rekod jenayah termasuk dadah mendapati dia merupakan anggota Geng Onai yang dipercayai bertanggungjawab dalam beberapa lagi kes samun, pecah rumah dan curi kenderaan, katanya.

Beliau berkata, siasatan polis juga mendapati geng itu menyasarkan daerah Banting dan Nilai sebagai lokasi melakukan jenayah.

“Soal siasat mendapati geng ini melakukan aktiviti pecah rumah dengan terlebih dahulu membuat pemerhatian ke atas rumah yang menjadi sasaran sebelum memecah masuk sekitar jam 1 hingga 4 pagi.

“Mereka memasuki rumah dengan mengumpil tingkap belakang dapur atau tingkap tandas menggunakan kuku kambing dan pemutar skru dan mencuri barangan berharga yang ada. Untuk aktiviti samun dan curi kenderaan pula, modus operandi yang sama juga digunakan,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment