Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 3, 2014

No Comment

Wanita mengandung ni ada bermacam alahan yang dialaminya. Kadang-kadang benda yang pelik-pelik dialahkan.

Seperti juga pelakon popular, Scha Al-Yahya yang mendedahkan dia mengalami alahan melihat orang berambut perang di awal kehamilannya dulu.

Selain itu, dia juga menyatakan tidak boleh mendengar deringan telefon dan sangat malas untuk bersolek.

Memetik kenyataannya dalam sebuah akhbar, Scha mengatakan, “saya tidak boleh dengar bunyi telefon, atas alasan itu juga saya lebih banyak letakkan telefon saya dalam mode senyap. Awal yang duduk bersama saya pun akan ‘senyapkan’ telefonnya.

“Saya tidak boleh bersolek sangat dan tidak boleh bersiap, sampaikan saya tidak larat untuk melakukan apapun. Mahu keringkan rambut pun tak boleh. Lebih teruk, saya tidak boleh tengok orang berambut perang, akhirnya saya akan rasa pening dan loya,” katanya.

Scha juga tidak meletakkan sebarang harapan terhadap jantina anak sulungnya, sebaliknya berharap anaknya itu nanti cukup sifat dan sihat.

Untuk makluman, Scha dan suaminya, Awal Ashaari mendirikan rumah tangga pada tanggal 4 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment