TIDAK dapat dinafikan nama Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias semakin lama semakin menjadi perbualan di kalangan peminat industri seni tanahair.
Dia yang sebelum ini popular dengan lagu ‘Rembau Most Wanted’ dan ‘Botingkek’ kini hangat kembali dengan lagu terbarunya bersama Datuk Hattan, ‘Gadis Jolobu’.
Bagaimanapun, ada khabar kurang enak yang kami dengar mengenai Waris apabila dia dikatakan semakin berlagak.
Hai, betul ke? Walhal baru setahun jagung rasanya jejaka ini bertapak dalam bidang seni.
Menerusi Berita Harian, Waris menafikan khabar tersebut dan menjelaskan bahawa dirinya seorang yang mudah didekati.
“Tetapi tidak dinafikan, raut wajah saya menyebabkan ramai menyangkakan saya sombong dan berlagak. Mungkin orang salah sangka hanya dengan melihat wajah saya,” ujarnya.
Oh, begitu rupanya. Selepas ini kalau terserempak dengan Waris, tegur dulu, baru boleh menilai tuan empunya diri sombong atau tidak.
Oleh: ELZA
0 comments:
Post a Comment