Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 15, 2014

No Comment

SEJAK kehilangan pesawat MH370 lapan hari lalu, sebanyak 14 buah negara, 43 buah kapal dan 48 pesawat membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu di sebalik operasi ini, sebenarnya ia turut ‘dibantu’ oleh hampir 2.3 juta pengguna internet yang turut cuba mengesan pesawat itu menggunakan laman web ‘Tomnod’.

Tomnod dikendalikan oleh sebuah syarikat satelit komersil, DigitalGlobe yang telah menyusun kedudukan dua daripada lima satelitnya di lokasi terakhir pesawat itu dikesan iaitu di Teluk Thailand.

Pengguna Tomnod dibekalkan dengan peta yang dipilih secara rawak dari kawasan carian dan diminta melepaskan pin jika mereka melihat tanda-tanda bangkai kapal terbang, rakit, tumpahan minyak atau sebarang tanda yang kelihatan ‘mencurigakan’.

Jurucakap Tomnod berkata, sehingga Khamis lalu, setiap ‘pixel’ telah dilihat oleh mata manusia sekurang-kurangnya 30 kali.

Walaupun jumlah pencari dalam talian ini begitu besar, setakat ini ‘penemuan’ melalui Tomnod masih belum meyakinkan.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang penubuhan beberapa kumpulan Facebook oleh mereka yang menggunakan Tomnod dari seluruh dunia  bagi membincangkan isu itu dan mereka telah berkongsi lebih 745,000 ‘screenshot’ imej satelit yang dipercayai berkaitan dengan pesawat MH370 itu.




Oleh: ELZA

(Sumber: The Guardian)

0 comments:

Post a Comment