Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 5, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,571 daripada 18,165 kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari 1 Januari hingga 2 Mac lalu membabitkan pelajar sekolah.

Statistik Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menunjukkan, sebanyak 1,515 kes itu melibatkan pelajar sekolah rendah dan 2,056 pelajar sekolah menengah.

Selangor mencatatkan kes denggi membabitkan pelajar sekolah paling tinggi iaitu sebanyak 2,013 kes diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya (329), Johor (234), Perak (253), Kelantan (216), Negeri Sembilan (194) dan Melaka (103).

Sabah pula mencatatkan sebanyak 68 kes denggi melibatkan pelajar sekolah diikuti Pulau Pinang (48), Sarawak (32), Pahang (27), Terengganu (25), Kedah (22), Pelis (5) dan Labuan satu kes.

0 comments:

Post a Comment