Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 5, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) mendesak Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel meletakkan jawatan kerana mendakwa Presiden MIC itu tidak mengambil peduli situasi jerebu yang sedang melanda negara.

Setiausaha Agung Mipas, S.Barathidasan mendakwa, Palanivel seolah-olah ‘menghilang’ sewaktu jerebu melanda negara kerana lebih mementingkan haiwan Panda dari China yang akan dibawa ke Malaysia.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi alam sekitar, Palanivel telah gagal untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai keadaan jerebu dan betapa miskin adalah kualiti udara.

“Dia tidak peduli untuk keluar apakah langkah seterusnya atau tahap langkah berjaga-jaga bahawa rakyat perlu mengambil untuk keselamatan mereka. Tiada garis panduan, tidak ada apa-apa arahan yang isu setakat ini,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Barathidasan berkata demikian kononnya bagi menyokong kenyataan oleh anak bekas presiden MIC. S.Vell Paari yang juga mendakwa Palanivel ‘hilang’ apabila jerebu melanda beberapa bandar utama di negara ini.

Vell Paari mendakwa, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu tidak menerangkan kepada rakyat Malaysia berkenaan isu jerebu dan mengarahkan Kementerian Pendidikan menutup sekolah berikutan indeks pencemaran udara (IPU) yang tidak sihat.

Dakwa Vell Paari, Palanivel lebih berminat melindungi Panda dari negara China.

Kenyataan kedua-dua mereka bagaimanapun kurang tepat kerana Palanivel semalam melalui kementeriannya mengeluarkan kenyataan rasmi menasihati orang ramai mengurangkan aktiviti lasak di luar sewaktu jerebu.

Palanivel turut memaklumkan sekolah di sesebuah kawwasan akan ditutup sekiranya IPU di situ melebihi 200 serta memaklumkan tindakan kementeriannya dalam menghadapi situasi jerebu seperti berikut:

1. Meningkatkan aktiviti rondaan darat bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan terutamanya ke kawasan yang telah dikenal pasti mudah terbakar.

2. Mengambil tindakan mahkamah bagi kes pembakaran terbuka di kawasan tapak binaan, industri dan ladang manakala bagi kes-kes pembakaran terbuka yang kecil tindakan kompaun akan dikenakan.

3. Memastikan pembakaran yang merupakan aktiviti yang diisytiharkan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Diisytiharkan) (Pembakaran Terbuka) 2003.

4. Mengeluarkan secara serentak surat-surat arahan kepada pihak pihak berkuasa tempatan (PBT) bertanggungjawab ke atas tapak pelupusan sampah supaya mengambil langkah pencegahan serta mengawal rapi dan memastikan tapak pelupusan tidak terbakar.

5. Mengaktifkan kempen-kempen kesedaran bagi mengingatkan orang ramai untuk tidak melakukan aktiviti yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara terutamanya pembakaran terbuka.

6. Memastikan penglibatan masyarakat setempat melalui Program Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) bagi membantu memantau kes-kes pembakaran terbuka.

7. Memperkemaskan sistem dan saluran komunikasi penerimaan aduan dari orang ramai melalui bilik-bilik operasi Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

8. Bagi negeri-negeri yang melaksanakan Projek Pencegahan Pembakaran Di Tanah Gambut Mudah Terbakar iaitu Selangor, Johor, Pahang, Kelantan, Sarawak dan Sabah, pemantauan rapi dilaksanakan di kawasan tanah gambut yang mudah terbakar.

9. Pemeriksaan di lapangan turut dijalankan setiap hari bagi memastikan saliran gambut tidak kering dan mengarahkan pengepaman air dari telaga air tanah oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sekiranya paras air di saliran gambut menyusut.

10. Melaksanakan pemantauan melalui rondaan darat dan udara termasuk di kawasan pendalaman/hutan seperti di negeri Perak, Pahang dan Terengganu bagi mengesan dan memantau sebarang kebakaran berlaku.

0 comments:

Post a Comment