Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

NEW DELHI – AirAsia India yang berkata ia tidak mengambil endah pelbagai percubaan untuk menghalang syarikat itu daripada memulakan operasi, merancang memulakan operasi pada Mei 2014 setelah terlepas beberapa sasaran awal sejak September tahun lalu.

“Kita mungkin boleh mendapatkan permit operator udara (AOP) dalam tempoh kira-kira tiga minggu. Selepas itu, kita boleh memulakan operasi dalam tempoh dua bulan dari Chennai,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mittu Chandilya kepada The Hindu dalam satu temu bual di Chennai pada Rabu.

Antara lain, Persekutuan Syarikat Penerbangan India (FIA) menentang kemasukan AirAsia India dengan menyatakan ia mungkin memaksa syarikat-syarikat penerbangan mengalami kerugian.

Pada Rabu, Mahkamah Tinggi Delhi meminta jawapan daripada kerajaan pusat dan AirAsia India mengenai rayuan FIA yang menentang syarikat penerbangan itu memulakan operasi penerbangannya di negara itu.

Tambang syarikat penerbangan yang berpangkalan di Chennai itu mungkin kurang antara 25 dan 30 peratus berbanding syarikat penerbangan lain, katanya.

“Syarikat penerbangan lain akan terpaksa mengurangkan tambang dan ini akan memberi manfaat kepada penumpang. Mereka bahkan boleh memadankan dengan tambang murah AirAsia, namun sama ada mereka boleh mengurus kos dalam jangka panjang, belum diketahui. Kita boleh melakukannya,” kata Chandilya kepada akhbar harian berbahasa Inggeris itu.

Sektor perniagaan dalam industri penerbangan India suram dengan semua syarikat penerbangan merekodkan kerugian sebanyak AS$ 500 juta pada September 2013, dan keputusan AirAsia untuk beroperasi pada waktu ini, dan menawarkan tempat duduk percuma, boleh dianggap satu cabaran, kata laporan itu.

“Industri ini dinamik dan masa terbaik untuk menceburinya ialah semasa keadaan suram. Saya yakin apabila sudah sampai ke bawah, satu-satunya cara ialah naik ke atas,” katanya.

Mengenai kerusi percuma, angkanya mungkin 10 peratus hingga 50 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi dalam penerbangan dan destinasi tertentu, katanya.

AirAsia India ialah usaha sama Tata Group dan Telestra Tradeplace Pvt Ltd. Ia memperoleh kelulusan US$30 juta daripada Lembaga Promosi Pelaburan Asing pada April lepas dan sijil tiada bantahan daripada kementerian penerbangan awam, September lepas.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment