Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) menghantar pesawat P-8 Poseidon keduanya ke Perth, Australia bagi membantu usaha menjejaki pesawat Malaysia Airlines yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi.

Kedutaan AS di sini dalam satu kenyataan Jumaat, berkata pesawat itu akan berlepas dari pangkalannya di Okinawa, Jepun hari ini bagi menyertai misi tersebut.

“Keadaan cuaca buruk termasuk potensi suasana berais menjadikan kehadiran pesawat P-8 yang direka untuk semua keadaan cuaca, amat berharga,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut Armada Pasifik AS menggerakkan pengesan sonar ‘Towed Pinger Locator Hydrophone’ dan ‘Bluefin-21′ ke Perth, sebagai persediaan mengesan kotak hitam MH370 andai objek yang ditemui disahkan serpihan pesawat itu.

Ini bagi membolehkan aset itu segera dikerah memandangkan jangka hayat bateri kotak hitam tersebut adalah singkat, kata kenyataan tersebut. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment