Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rodziah Ismail tidak memberikan laluan mudah kepada ketuanya, Zuraida Kamaruddin dalam pemilihan parti 2014 apabila beliau pada Jumaat mengumumkan bertanding jawatan tersebut.

Beliau berkata keputusan untuk bertanding dibuat atas keyakinannya sendiri dan dalam masa yang sama terdapat gesaan untuk beliau melakukan perubahan dalam sayap parti.

“Keyakinan dari anggota kepimpinan Wanita dan akar umbi juga menggesa agar adanya suatu perubahan dalam sayap Wanita yang membolehkan kepimpinan baru  menerajui sayap Wanita PKR.

“Pembaharuan itu diyakini akan memberikan kesegaran dalam pengolahan agenda masa depan Wanita PKR,” katanya dalam satu kenyataan media, Jumaat.

Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun ) Batu Tiga berkata, beliau yakin dapat memimpin sayap parti dengan pengalamannya dalam PKR  dengan matlamat melaksanakan agenda reformasi.

“Wanita PKR akan dipimpin untuk melaksanakan agenda reformasi dengan santunan, gerak kerja, perancangan dan pelaksanaan yang sudah sedia  diperolehi model-modelnya dari pengalaman saya dalam barisan pimpinan PKR dan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri Selangor,” katanya.

Mengulas lanjut gesaan daripada akar umbi, Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Selangor ini melihatnya sebagai satu amanah.

Katanya parti memerlukan penerapan dan pengaktualan pembuatan keputusan secara kolektif, telus dalam operasi aktiviti serta keakuran berlandaskan  panduan dan perlembagaan parti.

“Ia merupakan suatu gesaan yang tidak boleh diketepikan dan saya tampil menyahutnya dengan segala iktikad dan semangat supaya segera dapat dikotakan
kepimpinan yang dikehendaki oleh anggota wanita PKR,” katanya.

Beliau menambah wanita-wanita anggota parti yang berkebolehan juga wajar menawarkan diri mereka untuk bertanding bersama-sama dalam barisan  kepimpinan wanita PKR.

Keputusan ini bermakna Zuraida, Ahli Parlimen Ampang yang menyandang jawatan tersebut selama dua penggal berturut-turut sejak 2007  akan dicabar timbalannya.

Jawatan itu sebelum ini dipegang oleh Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dari tahun 2000. - mStar Online

0 comments:

Post a Comment