Tanah Merah – Seorang anggota RELA maut selepas ditembak rakannya secara tidak sengaja dipercayai menggunakan senapang patah ketika mereka berburu di Kampung Sokor di sini, kira-kira jam 7 malam semalam.
Mangsa Mohd Sukri Ramli, 51, yang dimasukkan ke Hospital Tanah Merah sejurus kejadian disahkan meninggal dunia jam 1.50 pagi tadi.
Ekoran kejadian itu, polis menahan tiga lelaki yang juga rakan mangsa bagi membantu siasatan. - myMetro Online
0 comments:
Post a Comment