MELBOURNE – Australia meratapi kepergian kesemua mereka dalam sebuah pesawat Malaysia yang hilang, terutama penumpang Australia, Perdana Menteri Tony Abbott memberitahu parlimen di Canberra hari ini.
Australian Associated Press (AAP) melaporkan, dengan keluarga Australia yang sedang bersedih menghadiri parlimen, Abbot membawa usul takziah.
Beliau berkata, banyak serpihan telah kelihatan di bahagian selatan terpencil Lautan Hindi, namun cuaca buruk setakat ini menghalang kutipan mana-mana dari serpihan itu.
“Kita meratapi kesemua 239 penumpang dan kru. Kita khusus meratapi enam warga Australia dan seorang pemastautin Australia yang tentunya dianggap telah ‘pergi’ dan kita bersedih bersama keluarga mereka dan orang-orang yang mereka cintai,” kata beliau.
Pasangan Queensland Ian dan Catherine Lawton serta Rodney dan Mary Burrows adalah antara mereka yang hilang, demikian juga pasangan Sydney Yuan Li dan Naijun Gu, dan rakyat New Zealand Paul Weeks, seorang pemastautin Australia. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment