Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

Usaha PKR untuk menyelesaikan kes saman fitnah RM2 juta yang dikemukakan Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menemui jalan buntu.

Perkara ini diakui sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan pihaknya telah menasihatkan dan berusaha memujuk Shamsul, bekas calon parti itu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU-13) yang lalu agar tidak meneruskan saman berkenaan.

“Mula-mula (Setiausaha Agong PKR) Saifudin Nasution hubungi minta (Mohd Shamsul) tidak diteruskan, dia setuju. Kemudian saya sendiri bercakap panjang dengan ayah dia (Mat Amin), dia setuju.

Hadi-Awang-Anwar-Ibrahim1“Saya sampaikan kepada Tuk Guru (Datuk Seri) Hadi Awang tapi nampaknya sekarang ini nampak seolah-olah dia hendak sambung balik.

“Saya hendak ulang kenyataan kita tidak setuju tindakan ini. Kita telah menasihatkan dan mudah-mudahan kita diberi ruang supaya dia (Shamsul) dapat dikendurkan dan fikir tentang strategi bersama,” kata Anwar dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di ibu pejabat PAS, Rabu.

Pada 26 Februari lalu Saifuddin memberitahu beliau telah berunding dengan plaintif bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Saifuddin dengan yakin membayangkan ia mampu diselesaikan dalam tempoh 72 jam.

“Kita telah hubungi Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail untuk menyelesaikan isu tersebut dengan pelbagai cara…kita juga minta untuk tidak teruskan saman terhadap Abdul Hadi.

“Beri kami tempoh dalam masa 72 jam agar pimpinan PKR dapat membantu menyelesaikan kes ini dengan cara baik,” katanya.

Saifuddin menegaskan pihaknya ada petunjuk positif daripada Mohd Shamsul untuk menyelesaikan perkara itu dengan baik.

Mohd Shamsul Mat Amin bapanya dan Zakaria YahyaAbdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap bekas calon PKR itu.

Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5 peratus faedah dari writ yang difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos mahkamah sebanyak RM1,500.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas Abdul Hadi gagal untuk memfailkan writ pembelaan terhadap saman Mohd Shamsul yang mendakwa Abdul Hadi memfitnah beliau sebagai penjual pil kuda.-bnbbc.my

0 comments:

Post a Comment