Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 26, 2014

No Comment

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan sebuah bot jongkong dengan muatan 140 tong gas disyaki untuk diseludup ke negara jiran menerusi perairan Tawau, Isnin lepas.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah, Kapten Maritim Anor Jaafar berkata pihaknya turut menahan dua lelaki warga tempatan, juragan bot berusia 57 tahun dengan seorang awak-awak berusia 23 tahun.

“Bot itu dipercayai bergerak dari Kampung Titingan ditahan pada kira-kira pukul 10 malam dan kesemua muatan ditahan kerana disyaki melakukan
kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya di dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Anor berkata pihaknya mendapati muatan yang ditunjukkan dalam dokumen yang diperiksa adalah tidak sama dengan tong-tong gas Petronas dan Shell yang disyaki hendak dibawa masuk ke Pulau Sebatik melalui Kampung Sungai Melayu.

Kampung Sungai Melayu bersempadan dengan Malaysia-Indonesia merupakan kawasan yang paling mudah untuk menyeludup barangan kawalan ke negara jiran.

Muara Sungai Melayu berada di kawasan Malaysia, tetapi jarak antara sungai itu hanya kira-kira 10 meter dari jalan raya dengan negara jiran itu.

Menurutnya, APMM akan terus menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan di perairan Sabah khususnya perairan Tawau bagi menyekat kegiatan penyeludupan.

Beliau juga berharap agar orang ramai dapat menjadi mata dan telinga untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa bagi mengekang kegiatan penyeludupan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment