Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 18, 2014

No Comment

LAHAD DATU – Pemimpin dan rakyat perlu terus memperkukuhkan semangat patriotik dan berganding bahu menyokong pasukan keselamatan dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terpelihara, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata penekanan elemen rakyat atau komitmen pemimpin itu penting agar usaha untuk menjamin keamanan dan keselamatan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

“Saya percaya semangat rakyat yang diterjemahkan atas dasar cintakan negara, keamanan dan kedamaian serta penghargaan tinggi kepada pasukan keselamatan negara amat bermakna serta berupaya untuk meningkatkan lagi profesionalisme dan kecemerlangan pasukan keselamatan.

“Peristiwa pencerobohan di Lahad Datu pada awal tahun lepas juga telah menyaksikan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan telah bersatu hati dan bangkit memberikan sokongan moral yang cukup tinggi keapda pasukan keselamatan negara.

Oleh itu, kita perlu mengekalkan kepercayaan dan sokongan itu,” katanya.

Musa berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Memperingati Wira-wira Opersi Daulat dan Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara di Pangkalan Pasukan Polis Marin Lahad Datu, di sini hari ini.

Katanya, insiden pencerobohan di Lahad Datu pada Februari tahun lepas itu merupakan antara catatan sejarah negara yang tidak akan dilupakan dan terus dikenang oleh seluruh rakyat di negara ini.

Peristiwa itu, katanya banyak memberi pengajaran berharga kepada semua masyarakat tentang pentingnya untuk terus mempertahankan kemerdekaan dan keamanan negara.

“Bersempena dengan majlis ini, saya mewakili seluruh rakyat Malaysia khususnya di Sabah berterima kasih atas segala pengorbanan dan perjuangan pasukan keselamatan.

Kerajaan Negeri juga amat menghargai segala kerjasama dan sokongan yang diberikan Kerajaan Persekutuan, termasuklah pelbagai kementerian yang terlibat semasa insiden pencerobohan itu,” katanya.

Beliau berkata kerjasama yang kukuh dan mantap di antara semua pihak dalam menangani sebarang ancaman membuktikan ketegasan kerajaan dalam menangani apa juga cubaan yang boleh menggugat keamanan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya amat berterima kasih kepada kerajaan yang telah mewujudkan pingat penghargaan khas iaitu ‘Pingat Kedaulatan Negara’ bagi menghargai anggota pasukan keselamatan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat semasa insiden pencerobohan itu.

Khalid berkata ia merupakan satu bentuk penghargaan di atas jasa, keberanian dan pengorbanan mereka sepanjang menyertai Operasi Daulat dengan 35 anggota dan pegawai polis dianugerahkan pingat pada majlis berkenaan.

“Saya berharap semua penerima menghargai anugerah tersebut, kerana ia merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap perjuangan dan jasa yang telah mereka berikan demi mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.

Insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu itu mengorbankan 10 anggota keselamatan iaitu lapan anggota polis dan dua anggota tentera.

Semasa insiden itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan Operasi Daulat bermula 5 Mac setelah rundingan selama sebulan bagi menghantar pulang pengganas itu, yang menceroboh Kampung Tanduo, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu sejak 12 Feb, menemui jalan buntu.

Kejayaan gerakan ofensif operasi itu menyaksikan 68 pengganas ditembak mati dan 173 orang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 lagi atas pelbagai kesalahan.

Operasi Daulat tamat selepas kerajaan menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (Esscom) meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri itu, mulai 29 Mac lepas serentak dengan penguatkuasaan Kawasan Keselamatan Timur Sabah (Esszone) demi menjamin keselamatan dan keamanan rakyat Sabah serta kedaulatan negara.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment