Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun yang merupakan anak saudara kepada seorang timbalan menteri menjadi orang pertama bertindak terjun daripada jambatan kedua Pulau Pinang kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, individu itu kini berada dalam keadaan stabil namun masih mendapatkan rawatan rapi di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Menurut Lai Fah Hin lagi, dia dikatakan terjun daripada jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang baru dirasmikan Sabtu lalu dengan niat membunuh diri.

Tambah beliau, dia telah diselamatkan oleh nelayan yang berada kira-kira 500 meter daripada Kilometer 13.9 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Nama dan motif membunuh diri enggan dinyatakan oleh Lai Fah Hin.

0 comments:

Post a Comment