Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

IPOH – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun setengah kini berada dalam keadaan kritikal kerana mengalami pendarahan otak dipercayai akibat didera ibu kandung dan teman lelaki ibunya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang, berkata kedua-dua suspek yang tinggal di Hutan Melintang dekat sini, masing-masing berusia 20 dan 26 tahun, ditahan reman sejak Isnin lalu untuk siasatan.

“Semasa dibawa ke Jabatan Kecemasan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam di Selangor pada jam 5 petang Isnin lalu, kanak-kanak itu didapati tidak bergerak, mata dalam keadaan terbuka serta pernafasan tidak teratur,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, selain itu pemeriksaan perubatan turut mengesan banyak kesan lebam dan calar di bahagian tangan, belakang badan serta muka di samping benjol pada bahagian kiri kepala kanak-kanak itu.

Katanya, pegawai perubatan mengesyaki kanak-kanak malang itu didera sebelum bertindak menghantar mangsa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk pemeriksaan lanjut.

Goh berkata, pemeriksaan lanjut oleh doktor di hospital itu mengesyaki mangsa yang kini ditempatkan di wad High Dependency Unit, mengalami pendarahan otak.

Katanya, siasatan awal mendapati ibu kanak-kanak itu tidak bekerja manakala teman lelakinya hanya menjalankan kerja-kerja kampung.
“Kedua-dua suspek yang ditahan di Hospital Sungai Buloh itu mengaku sering memukul mangsa yang juga anak tunggal wanita terbabit,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment