Pelakon Gwyneth Paltrow dan suaminya, Chris Martin akhirnya menamatkan perkahwinan mereka selama 10 tahun selepas mengumumkan perpisahan mereka, baru-baru ini.
Menulis di laman web, Gwyneth menyatakan walaupun mereka sudah berpisah namun mereka akan mengekalkan hubungan baik di antara satu sama lain dengan kebaikan kedua-dua anak pasangan itu, Apple, 9, dan Moses, 7.
Selain itu, Gwyneth turut memohon agar pihak media tidak menganggu dan memberikan sedikit privasi buat dirinya dan anak-anak dalam menghadapi perpisahan tersebut.
Untuk makluman, pasangan popular ini berkahwin pada 5 Disember 2003 selepas setahun bertemu janji.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment