WASHINGTON – Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan menamatkan analisis data daripada simulator penerbangan di rumah juruterbang MH370, kata Pengarah agensi Amerika Syarikat itu.
Pegawai Malaysia meminta FBI untuk membantu mengesan semula fail yang dipadamkan daripada cakera keras simulator berkenaan.
Ketuanya, James Comey berkata pakar sedang bekerja “bertungkus-lumus” untuk menyiapkan analisis itu dengan harapan data berkenaan dapat memberi petunjuk apa yang berlaku terhadap pesawat berkenaan yang hilang pada 8 Mac lalu bersama 239 penumpang dan anak kapal. – AFP
0 comments:
Post a Comment