Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 27, 2014

No Comment

Bandaraya Kuwait – Pemimpin Arab menyokong penuh keengganan Palestin mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi, tuntutan Israel yang dijangka mengancam menjejaskan rundingan damai.

Kami menyuarakan penolakan penuh tuntutan mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi, kata pengisytiharan itu pada akhir mesyuarat dua hari di Bandaraya Kuwait.

Warga Palestin mengiktiraf negara Israel pada permulaan proses damai awal 1990-an tetapi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendesak mereka mengiktiraf budaya, agama dan melepaskan hak kembali bagi pelarian Palestin.

Liga Arab tolak tuntutan

Liga Arab sudah menolak tuntutan itu dalam satu kenyataannya yang diterbitkan di ibu pejabat Kaherah, awal bulan ini.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry berdepan tugas sukar untuk memastikan rundingan damai kekal menepati rancangan sebelum 29 April dengan rundingan menggariskan beberapa isu penting termasuk pengiktirafan.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menegaskan bahawa beliau tidak akan mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi.

Netanyahu mahukan pengiktirafan sebagai isu utama rundingan dan menyifatkan penolakan Arab terhadap negara Yahudi adalah punca konflik.

Bagi warga Palestin, isu itu berkait dengan nasib pelariannya yang dipaksa keluar dari rumah atau melarikan diri pada 1948 apabila Israel menjadi negara. – AFP

0 comments:

Post a Comment