Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 22, 2014

No Comment

LANGKAWI – Langkawi berhadapan masalah jumlah bilik penginapan yang tidak mencukupi untuk menampung kehadiran banyak pengunjung, yang menjadi punca syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa tidak berminat untuk mengadakan penerbangan terus ke pulau peranginan ini.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata untuk syarikat penerbangan antarabangsa mengatur penerbangan terus secara berjadual, jumlah bilik penginapan dan hotel di Langkawi perlu ditingkatkan secara drastik.

Katanya kerajaan negeri sentiasa menggalakkan lebih banyak hotel dan resot yang berkualiti dibina supaya bilik penginapan bertambah dengan ketara bagi menarik penerbangan terus ke Langkawi.

“Penerbangan secara lngsung dulu ada…dari Jerman, China sewaktu Langkawi dalam proses membina banyak bilik. Kini ada lebih kurang 7,000 bilik penginapan dan hotel di Langkawi.

“Dari segi peratusan penginapan begitu tinggi…tak cukup bilik. Apabila kita bangkitkan kepada syarikat penerbangan (berkenaan penerbangan terus dari luar negara) selagi tak ada bilik mencukupi, mungkin dua kali ganda sekarang, dalam masa terdekat, mereka tidak boleh atur penerbangan ke Pulau Langkawi,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan Rahsia Estates Resort Residences, Eko-Hotel dan Spa di sini hari ini.

Rahsia Estates Resort Residences, Eko-Hotel dan Spa yang mula dibina sejak pertengahan tahun lepas di Kampung Temoyong, Kedawang di sini dan dijangka siap pertengahan 2016 merupakan resot yang bercirikan Inisiatif Indeks Hijau Bangunan (GBI) pertama di Langkawi.

Ia dibina melibatkan kos RM480 juta melibatkan 116-bilik resot bertaraf lima bintang, 30 vila cabana mewah dan 130 suit resort.

Mukhriz berkata syarikat penerbangan antarabangsa lebih berminat mengadakan penerbangan terus ke pulau di Thailand atau Bali di Indonesia kerana mempunyai bilik penginapan yang banyak.

“Masalah kita permintaan melebihi bekalan. Terdapat permintaan. Bali kalau tak silap 40,000 bilik, kita cuma lima peratus. Macam mana nak bersaing dengan Bali kalau jumlah bilik sedikit. Itu menjawab persoalan banyak penerbangan terus pergi ke Bali.

“Harap dapat tambah bilik dengan kualiti tinggi supaya bilik penginapan bertambah dengan drastik dan pesawat akan datang ke Langkawi.     Selagi tak cukup, payah nak buat penerbangan langsung dari tempat mereka. Bagaimanapun dalam kita nak tambah jumlah bilik sampai dua kali ganda kita kena juga jaga kualiti,” katanya.

Isu ketiadaan penerbangan terus berjadual dari luar negeri dikatakan menjadi punca bnyak pelancong asing lebih berminat berkunjung ke Bali dan pulau-pulau di Thailand walaupun banyak pelancong asing mengakui Langkawi lebih baik berbanding pulau-pulau di rantau ini.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata Jeti Kuah di sini sedang dinaik taraf melibatkan peruntukan RM70 juta daripada Kementerian Pengangkutan kerana jeti sedia ada tidak dapat menampung jumlah pengguna yang semakin bertambah.

“Jeti Kuah agak sesak…tak mampu tampung ramai penumpang, mesti tambah baik. Bagaimanapun, tak guna juga kalau kita naik taraf jeti Kuah kalau tak nik taraf Jeti Kuala Kedah. Kita dalam proses beri perhatian kepad Jeti Kuala Kedah untuk naik taraf kemudahan.

“Pada masa sama ada juga cadangan untuk dibina Jeti Kuala Kedah yang baharu di kawasan berhampiran kerana jeti sekarang jika nak perkembang, ruangnya terhad,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment