Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

ALOR SETAR – Seorang lelaki warganegara Myanmar, Mohd Yassin Tupil Ahmad, 39, sanggup berjalan kaki di sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini, semata-mata mencari isterinya yang didakwa hilang.

Yassin berkata, dia berhabis duit ribuan ringgit demi membawa isteri yang baru dikahwininya empat bulan lepas, Hamidah Abdul Rahman Budu, 32, ke negeri ini pada 27 Februari lepas.

“Namun, saya mula menyedari kehilangannya kira-kira jam 8 malam Jumaat lalu, setelah isteri tidak pulang ke kediaman kami di Lorong Seri, dekat sini, sebaik keluar.

“Saya rasa isteri mungkin keluar dari rumah untuk ke kedai runcit berdekatan demi memberi barang keperluan kami. Apa membimbangkan, dia tidak pulang sehingga hari ini,” katanya.

Yassin berkata, dia khuatir sesuatu yang buruk menimpa isterinya kerana dia dipercayai hanya keluar sehelai sepinggang tanpa membawa sebarang duit, baju mahupun telefon.

“Lebih merunsingkan kepala, isteri saya bukan hanya tidak pandai berbahasa Melayu, sebaliknya dia juga tidak tahu jalan. Jadi, saya takut dirinya tersesat dan tidak mengetahui jalan pulang,” katanya.

Menurutnya, dia kini tidak berselera menjamah makanan dan sering menangis, malah tidak keluar bekerja semata-mata mencari isterinya setiap hari dengan berjalan kaki.

Katanya, isterinya berkulit hitam manis, berat sekitar 48 kilogram (kg), berketinggian lebih kurang 155 sentimeter (cm) , berbadan kurus, namun mempunyai muka tembam.

Justeru, katanya, dia merayu simpati orang ramai sekiranya melihat seorang perempuan memakai kain batik bercorak merah putih, baju t-shirt hitam, memakai tudung dan subang di hidung agar memaklumkan pada dirinya di talian 010-372 3792. – SINAR HARIAN

0 comments:

Post a Comment