Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kadar pengangguran bagi bulan Januari 2014 di Malaysia tidak berubah pada 3.3 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas, namun 0.3 peratus lebih tinggi berbanding Disember 2013, kata Jabatan Perangkaan hari ini.

Kadar pengangguran mengukur peratusan penduduk dalam negara yang menganggur.

Jabatan itu juga berkata kadar penyertaan tenaga pekerja meningkat kepada 13,800 orang atau 0.1 peratus, menjadikan jumlah keseluruhan 13.99 juta pada Januari berbanding 13.97 juta pada Disember tahun lepas.

Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan kadar penyertaan tenaga kerja meningkat 2.2 peratus berbanding 65.6 peratus pada Januari 2013. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment