Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) mengulangi seruan supaya orang ramai terus berjimat dan menghadkan penggunaan air bagi memastikan bekalan sedia ada mencukupi untuk semua.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred berkata, orang ramai perlu memastikan penggunaan air hanya untuk keperluan menandangkan pelaksanaan pelan catuan bekalan air di Lembah Klang masih diteruskan.
“Pengguna juga ditegaskan agar mengelakkan pembaziran dan tidak menggunakan air untuk tujuan kurang penting.

“Ia termasuk smencuci kenderaan, mencuci premis kediaman, mencuci longkang, mengisi kolam renang, menyiram pokok bunga dan menyiram bumbung premis kediaman/perniagaan semata-mata untuk menyejukkan keadaan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Priscilla meminta orang ramai memberi kerjasama untuk mencapai hasrat tersebut dengan saling memperingati antara satu sama lain terhadap kesedaran itu.

Beliau turut meminta pengguna yang belum memperolehi maklumat lengkap berhubung pelan catuan bekalan air supaya melayari laman web www.syabas.com.my.

0 comments:

Post a Comment