Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment

BEIJING – Ahli keluarga penumpang China di luar negara menuntut agar China membuat inkuiri mengenai tragedi pesawat MH370.

Satu dokumen yang dikirimkan ke Beijing oleh wakil khas China di Kuala Lumpur mahu agar kerajaan China turut mempunyai ‘pejabat penyiasatan’.

Surat itu dikemukakan jawatankuasa yang dibentuk ahli keluarga mewakili 153 penumpang warga China yang mulakan perbincangan dengan peguam bagi menuntut ganti rugi ke atas Penerbangan Malaysia (MAS).

“Kami mempersoalkan motif Malaysia yang menangguh dan memberi maklumat bercanggah dalam tempoh pencarian MH370,” kata keluarga berkenaan dalam surat yang diserahkan kepada wakil khas yang juga Naib Menteri Hal Ehwal Luar China, Zhang Yesui, di Kuala Lumpur, semalam.

“Kami menuntut agar China juga menubuhkan pejabat penyiasatan mengenai MH370,” kata kandungan surat itu.

Surat itu juga menggesa agar satu sistem komunikasi yang lebih berkesan diwujudkan antara keluarga dan kerajaan. – AFP

0 comments:

Post a Comment