Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment

MUKAH – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) akan membina tambahan empat menara telekomunikasi di sini tahun ini bagi memperluaskan kawasan liputan telekomunikasi.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedi Datuk Jailani Johari berkata, tender pembinaan menara terbabit sudah dikeluarkan dan dijangka dapat disiapkan seawal-awalnya hujung tahun ini.

Projek membabitkan peruntukan kira-kira RM8 juta, katanya ketika ditemui pemberita semasa Ziarah Kasih di Kampung Suyong dan Kampung Pulat di Balingian, 60 kilometer dari sini.

Katanya setakat ini terdapat sembilan menara telekomunikasi di daerah ini dengan setiap satu bernilai RM1 juta.

Menurutnya pembinaan menara tambahan itu merupakan sebahagian daripada rancangan membina 1,000 menara telekomunikasi di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun membabitkan peruntukan RM1.5 bilion.

Jailani berkata, sebanyak 400 menara akan dibina dalam fasa pertama perancangan itu dengan baki dilaksana di bawah fasa seterusnya.

Beliau berkata kementeriannnya juga bercadang membina empat lagi pusat Internet di Sarawak tahun ini dengan setiap satu dianggar menelan belanja kira-kira RM1.8 juta.

Sehingga kini sebanyak 22 Pusat Internet 1Malaysia telah diwujudkan di Sarawak dengan empat daripadanya di Mukah, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment