Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment

KOTA BHARU – Polis sedang memburu suspek yang disyaki menyimbah asid kepada dua remaja di Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh pada Rabu.

“Kita sudah mengenal pasti suspek dan kita akan menjalankan tangkapan nanti,” kata Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman kepada pemberita selepas majlis perbarisan sempena pemakaian pangkat komandan dan ajutan sukarelawan simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 10.15 malam itu di depan sebuah gerai burger, Emi Azman, 22, cedera parah dan melecur teruk di bahagian muka manakala rakannya Tuan Zulashraf Tuan Yaakob, 14, cedera ringan di muka, bahu dan betis.

Emi kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini manakala Tuan Zulashraf dibenarkan keluar dari Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh semalam.

Sementara itu Jalaluddin berkata, pihak polis menggalakkan masyarakat Cina untuk menyertai pasukan polis sama ada secara tetap atau sukarela.

“Kita sudah membuat hebahan supaya masyarakat Cina menyertai pasukan polis secara tetap atau sebagai Sukarelawan Simpanan Polis,” katanya.

Di majlis itu, Cheng Boon Chuan dinaikkan ke pangkat Penguasa merangkap Komandan SSPDRM kontinjen Kelantan manakala Mohd Ruhaizi Ramli dinaikkan ke pangkat Ajutan SSPDRM. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment