PKR mengaku juruterbang MH 370 merupakan ahli parti itu tetapi meminta semua pihak tidak membuat spekulasi mengaitkan mereka dengan kehilangan penerbangan tersebut.
Ketua PKR Cabang Subang Sivarasa Rasiah berkata beliau memang mengenali Kapten Zaharie Ahmad Shah sejak beliau menyertai parti tersebut 23 Januari tahun lalu.
Bagaimanapun, tambahnya, tidak adil sekiranya pihak media mengaitkan perkara itu dengan parti kerana ia “tidak relevan”.
Sivarasa merujuk kepada laporan akhbar tabloid Uniter Kingdom Daily Mail semalam yang membuat spekulasi bahawa Zaharie seorang ‘fanatik politik’ dan ‘aktivis sosial yang lantang’
“Media tidak sepatutnya membuat sebarang spekulasi.
“Akhbar Daily Mail ialah sebuah tabloid, mereka langsung tidak merujuk mana-mana sumber,” kata beliau dalam sidang media hari ini.
0 comments:
Post a Comment