SATU demi satu pemimpin pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) dilihat mencela dan mengkritik tindakan Malaysia dalam mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.
Selepas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Saman, bekas Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin kini tampil pula seseorang yang rapat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengkritik dan memperlekehkan cara Malaysia.
Paling terbaru calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengkritikn cara Malaysia dalam ceramah kempen beliau di Kajang.
Menurut beliau, pakar Amerika Syarikat dan negara-negara lain menggunakan tekonologi canggih untuk mencari pesawat MH370 tetapi Malaysia menggunakan bomoh yang jelas melanggar syariat Islam.
“China, kerana dia mempunyai paling ramai warganya penumpang dalam pesawat itu menggunakan satelit sana, satelit sini.. Tengok, Singapura pakai kapal selam pergi mencari.. Malaysia pakai… bomoh..
“Naik tikar, kita ada satu filem dalam P Ramlee dulu “Laksamana Do Re Mi”, itu memang dongeng,” katanya dalam ceramah itu.
Video ceramah dimuatnaik salurn YouTube pro-PR kini.tv pada 14 Mac lepas.
Tidak cukup dengan itu, Dr Wan Azizah turut mengulangi kritikan anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar satu ketika dahulu yang mendakwa kapal selam Scorpene milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak mampu menyelam.
“Kita submarine (kapal selam) kan?.. tapi tak boleh tenggelam kan.. tak boleh pakai.. saya diberitahu kapal selam yang dimiliki itu sekarang digunakan sebagai muzium,” katanya.
Begitu lantang mulut Dr Wan Azizah mempermainkan emosi keluarga penumpang MH370 yang sehingga kini menanti jawapan dimanakah lokasi pesawat itu padahal beliau sendiri sudah pergi melawat keluarga di Hotel Everly, Putrajaya sebelum ini.
Dakwaan beliau juga salah apabila mengatakan kapal selam Scorpene digunakan sebagai muzium kerana kapal selam yang dikatakan beliau ialah kapal selam SMD Quessant Agosta 70 dari Perancis yang ditempatkan di Melaka.
Kapal selam berkenaan sebenarnya merupakan kapal yang digunakan untuk latihan pasukan kapal selam pertama TLDM yang mengendalikan kapal selam KD Tun Razak dan KD Tunku Abdul Rahman.
Inilah contoh pemimpin PR yang suka membuat tuduhan melulu dan kenyataan tanpa usul periksa demi meraih sokongan politik terutamanya dalam menghadapi pilihan raya 23 Mac depan.
0 comments:
Post a Comment