Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 16, 2014

No Comment

PIHAK berkuasa India hari ini menghentikan seketika operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, mengikut permintaan dari kerajaan Malaysia untuk melihat semula operasi pencarian di kawasan itu.

Sebelum ini India melakukan operasi itu dua lokasi sekitar Laut Andaman dan Pulau Nicobar serta lokasi kedua di Teluk Bengal.

Memetik laporan Reuters, Komander Babu seorang jurucakap Tentera Laut India berkata ketika ini operasi oleh pihak berkuasa negara itu dihentikan sementara.

“Pihak berkuasa Malaysia sedang mengkaji semula operasi ini, mereka akan memaklumkan jika pihak kami perlu mengubah kawasan mencari dan menyelamat,” katanya kepada agensi berita antarabangsa itu.

Lokasi pesawat MH370 menjadi misteri selepas ia hilang dari skrin radar pada awal pagi 8 Mac lepas di kawasan Laut China Selatan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media khas berkata peralatan mengetahui lokasi (transponder) pesawat itu telah dimatikan dan haluan penerbangannya juga diubah secara sengaja.

Kajian semula operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan 13 buah negara akan diadakan di Kuala Lumpur hari ini.

“Misi ini masih belum berakhir, kami bersiap sedia menunggu maklumat seterusnya dari kerajaan Malaysia,” katanya. 

0 comments:

Post a Comment