Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 18, 2014

No Comment

Kekasih penyanyi Mick Jagger, L’Wren Scott telah ditemui mati tergantung di apartmentnya di New York, hari ini.

L’Wren yang merupakan seorang pereka fesyen dipercayai membunuh diri dan mayatnya dijumpai oleh pembantunya, jam 10 pagi waktu tempatan di kediamannya yang terletak di Manhattan.

Pereka fesyen yang juga juruhias rambut selebriti itu walau bagaimanapun tidak meninggalkan sebarang nota selain pihak polis tiada bukti untuk mengaitkan kematiannya itu dengan perbuatan khianat.

L’Wren, 49, dan Mick dilaporkan telah berpacaran sejak 2001.

Sebelum ini, L’Wren pernah bekerjasama menghasilkan rekaan untuk selebriti ternama Hollywood, antaranya, Nicole Kidman, Oprah Winfrey, Angelina Jolie dan Sarah Jessica Parker.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment