Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 18, 2014

No Comment

MEMANG hebat pengaruh ‘Raja Bomoh’, Ibrahim Mat Zin kepada masyarakat Melayu di Malaysia sebenarnya.

Bukan sahaja mempunyai pengikut yang ramai, tetapi turut mendapat publisiti di akhbar tabloid ini.

Biar pun mendapat kecaman hebat kerana ritual pelik yang dilakukannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ini, ia tidak menghalang akhbar ini daripada mempromosikan ‘Pusat Rawatan Bomoh 1Malaysia’ yang dinaungi oleh ‘Raja Bomoh’ ini menerusi ruangan iklan.


Ia turut menyertakan ayat-ayat yang memuji kehebatan Ibrahim seperti:

“Rawatan cara Islam dari anak-anak murid tertua Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin.”

“Kami anak didik merasa bangga kerana mendapat guru yang hebat.”

Bukan itu sahaja, iklan ini juga menyertakan jadual rawatan oleh pusat ini termasuklah di Sabah dan Sarawak.

Bagi kami, selagi ada sokongan daripada orang Islam sendiri, selagi itulah amalan syirik dan khurafat yang dipraktikkan oleh para bomoh ini akan berterusan.

Pendek kata, tepuk dada, tanyalah selera…

Oleh: ELZA

(Sumber: Oh!Media)

0 comments:

Post a Comment