Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 18, 2014

No Comment

SENAI – Seorang nelayan ditimpa kecelakaan apabila kehilangan kaki kananya ketika menarik pukat di perairan Desaru, di sini kelmarin.

Mangsa, Ramli Liman, 47, menjalankan rutin hariannya seperti biasa dengan berkerja di bot kelas A terpaksa akur apabila putus kaki kanan setelah tersepit dalam kejadian jam jam 2.00 petang.

Dia yang berasal dari Tanjung Sedili diselamatkan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Tanjung Sedili.

Ketua Penguatkuasanya, Kapten Maritim Amran Daud berkata, MERS 999 telah menerima panggilan kecemasan mengenai perkara terbabit.

“Bertindak atas maklumat itu, bot peronda telah digerakkan ke lokasi kejadian dengan segera.

“Mangsa dibawa ke Jeti Maritim Tanjung Sedili menggunakan bot peronda dan seterusnya dihantar ke Hospital Kota Tinggi dengan bantuan ambulans untuk rawatan selanjutnya,” katanya. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment