Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 18, 2014

No Comment

KOTA KINABALU – Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah akan mengumpulkan kira-kira 1,000 wanita untuk menyertai program ‘Purple Walk’ di Perdana Park Tanjung dekat sini, yang bakal digerakkan serentak di seluruh negara pada 29 Mac.

Program itu dianjurkan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, pada 8 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Fatimah Jaafar, berkata program yang bermula pada jam 7.30 pagi itu akan dirasmikan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.

“Peserta akan berjalan kaki bermula dari Perdana Park, Tanjung Aru menuju ke Tanjung Aru Plaza mengelilingi SMK La Salle dan berakhir di pentas utama Perdana Park, Tanjung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fatimah berkata antara objektif program berkenaan ialah bagi memeriahkan sambutan Hari Wanita peringkat negeri Sabah di samping menjadi wadah menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, memupuk perpaduan serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemimpin dan penduduk setempat.

Pengisian program termasuk senaman kecerdasan, cabutan tiket bertuah dan persembahan hiburan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment