Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 18, 2014

No Comment

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyambut baik serta berpuas hati dengan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) seperti yang diumumkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Muhyidin mengumumkan penambahbaikan PBS akan mula dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 April depan.

Timbalan Perdana Menteri ketika memaklumkan perkara itu berkata antara perubahan yang diputuskan ialah guru tidak perlu lagi memasukkan data maklumat pencapaian murid secara dalam talian ke dalam sistem PBS seperti sebelum ini.

Beliau, yang juga Menteri Pendidikan berkata penambahbaikan hasil bengkel melibatkan kira-kira 1,000 guru juga mencadangkan para guru tidak perlu lagi menyertakan eviden dan hanya menyimpan data secara ‘offline’. 

0 comments:

Post a Comment