KUALA LUMPUR – Jawatankuasa pakatan pembangkang meminta kerajaan Persekutuan menubuhkan sebuah badan bebas seperti di United Kingdom (UK) untuk melaksanakan persempadanan semula pilihan raya.
Jawatankuasa pakatan pembangkang mendakwa tidak berasa yakin persempadanan semula pilihan raya yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana integriti dan kebebasan suruhanjaya tersebut boleh dipersoal.
“Persempadanan semula pilihan raya akan datang mungkin menyebabkan perbalahan kerana sebarang penambahan kepada kerusi Parlimen memerlukan pindaan Perlembagaan.
“Ia juga memerlukan persetujuan Ahli Parlimen daripada pakatan,” tegas kenyataan itu hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Dr. Hatta Ramli mewakili PAS, Datuk Mansor Othman (PKR) dan Dr. Ong Kian Ming (DAP).
Mereka turut mendakwa, persempadanan semula di Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan perlu mendapatkan persetujuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang.
Justeru, dakwa kenyataan itu, badan bebas yang dicadangkan itu wajar diwujudkan kerana SPR tidak boleh dipercayai kerana berat sebelah dan kepartian dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.
0 comments:
Post a Comment